Saturday 20 July 2013

Sambungannya

Xena
Xena


Xena merupakan sorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh, berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Dia gila bayang terhadap Vanness walaupun Vanness selalu menolak cintanya  malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.
Anthony
Anthony

Anthony merupakan seorang pelajar lelaki yang kacak. Ramai perempuan suka akannya akan  tetapi hatinya cuma menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk Xena. Anthony juga pernah menyamar sebagai Vanness untuk membuat Xena tidak mencintakannya. Anthony pernah menyamar sebagai perempuan untuk mendekati Xena dan penyamarannya tidak disedari oleh sesiapa termasuk Vannes dan Aditas. Anthony pernah dikaji oleh ayah Lisa dan terpapar diskrin muka Xena yang cantik dan anggun sampai membuatkan ayah Lisa terpikat.

Si Kosong
Si Kosong
Si Kosong merupakan seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Dia suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan. Dia percayakan tahyul untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan. Ayahnya sanggup berbuat apa sahaja asalkan dia tidak mendapat markah kosong lagi.  Si Kosong memakai baju seragam sekolah seperti pelajar lain.Rambutnya berwarna biru,matanya dilukis bulat dan mempunyai bibir yang tebal.Badannya pula kurus.
Cikgu Noodle
Cikgu NoodLe

Cikgu Noodle merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinya yang kacak. Dia tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Guru Besar ragu-ragu bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya. Cikgu Noodle selalu memakai make-ip sebelum mengajar.

Lisa
Lisa

Lisa merupakan salah satu daripada watak sampingan Lawak Kampus. Dia merupakan salah satu daripada pelajar Cikgu Noodle. Dia juga mempunyai seorang bapa yang bekerja sebagai saintis gila. Bapanya pula suka menggunakan peralatan makmal sebagai hidangan makanan contohnya meletakkan nasi di dalam bikar, durian dijadikan bom dan membuat ubat jerwat kepada Bepop.

Guru Besar 1
Guru Besar

Guru Besar merupakan salah seorang daripada watak Lawak Kampus. Dia sangat bededikasi dalam menjalankan tugasnya. Guru Besar sebenarnya seorang yang beribawa dan peka dengan keadaan sekolah. Di samping itu, beliau selalu mencari cara untuk memupuk pelajarnya untuk melakukan aktiviti berfaedah. Perwatakannya juga agak feminin dan beliau juga suka berpakaian seperti perempuan.
Unknown 2
Unknown

Unknown merupakan seorang watak pelajar yang mempunyai watak yang misterius.Dia suka menari dan tariannya sangat pelik. Unknow selalu mengejutkan setiap orang yang pernah melihatnya kerana tariannya sehinggakan mahluk asing,Vanness dan kawan kawannya terkejut, termasuk Steve Job apabila beliau ingin menukar logo Apple kepada logo kepala Unknown sebagai tanda penghargaan.

Boss
Boss

Boss merupakan seorang pengusaha kantin yang hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk. Beliau telah dilaporkan banyak kali oleh para pelajar akibat tabiat peliknya ketika penyediaan makanan seperti mencuci sayur dengan sabun dan menyanyi sambil  menyembur air liurnya (tanpa disedarinya) ke dalam masakannya ketika memasak. Mengukus kasut Aditas dengan sengaja , menyediakan bebola besi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LAWAK KAMPUS

My photo
this blog is create by MR BARBARIK