Friday 19 July 2013

Watak-Watak dalam Lawak Kampus

1-5414967-9819-t-1-
Vanness
Vanness merupakan watak utama dalam Lawak Kampus. Vanness seorang pelajar yang nakal di sekolah. Vanness sering kali melanggar peraturan sekolah dan sering kali di nasihatkan oleh rakan-rakannya. Vanness seorang yang periang dan dia senang dikenali kerana perwatakkannya yang menarik dan berambut perang dan bergogel diatas kepala. Vanness kerap melarikan diri daripada Xena kerana tidak selesa dengan sikapnya itu. Aditas iaitu kawan karib Vanness selalu mengikut sikap Vanness.
1-5415234-2079-t-1-
Aditas
Aditas adalah kawan baik kepada Vanness dari siri pertama Lawak Kampus lagi. Aditas adalah pelajar yang paling nakal di dalam sekolah malah lebih teruk daripada Vanness. Aditas seorang yang berwatakkan slumber ataupun lebih tepatnya bersahaja. Aditas mudah dikenali kerana dia aktif semua sukan disekolah dan dia juga berambut botak. Aditas pernah berabut panjang namun rakan-rakannya tidak mengenalinya kerana dia sudah biasa dengan berambut botak. Aditas mempunyai haiwan peliharaan iaitu kura-kura

1-5414946-6858-t-1-

Froggy
Dalam Lawak kampus terdapat pelajar bernama Froggy iaitu seekor katak yang paling pintar di dalam sekolah. Ramai guru-guru suka akan kepintarannya itu. Froggy sangat baik hati kadang kala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Froggy mempunyai kebolehan melihat hantu dimana sahaja dia berada.
Bepop

 

Bepop
Bepop @ Bebop mempunyai banyak jerawat dan dia sering rendah diri dan rasa kurang yakin dengan penampilannya kerana banyak jerawat namun dia mempunyai ramai kawan.Vanness dan Aditas juga pernah mengatakan bahawa jerawat Bepop ialah sarang makhluk asing. Dia juga seorang yang pengotor kerana menggunakan jerawatnya sebagai krim campuran, senjata dan lain- lain . Bebop mempunyai haiwan peliharaan dan menjadikan penunggangnya iaitu seekor llama yang comel sangat. Bebop suka akan patung kanak-kanak walaupun sudah bersekolah menengah.


No comments:

Post a Comment

LAWAK KAMPUS

My photo
this blog is create by MR BARBARIK