Lawak kampus adalah komik yang sangat popular pada masa ini dan saya salah seorang peminat komik ini ... :)
Monday 22 July 2013
Sinopsis
Sinopsis Lawak Kampus
Lawak Kampus menceritakan hitam putih kehidupan di alam persekolahan sekolah menengah yang mempunyai pelbagai karenah. Majalah Lawak Kampus ini ditulis oleh Keith. Majalah Lawak Kampus ini boleh di dapati di:
- 7-Eleven
- Popular
- MPH Bookstores
- Kinokuniya
- Borders
- Gramedia
- myNEWS.com Bookstores
- Newsplus
- times
- Kedai buku terkenal
- Kedai-kedai menjual majalah
Saturday 20 July 2013
Sambungannya
Xena
Xena merupakan
sorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh, berbibir tebal dan
lubang hidungnya yang kembang. Dia gila bayang terhadap Vanness
walaupun Vanness selalu menolak cintanya malah menjadi gadis pujaan
Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.
Anthony
Anthony merupakan seorang pelajar lelaki yang kacak. Ramai perempuan suka akannya akan tetapi hatinya cuma menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk Xena. Anthony juga pernah menyamar sebagai Vanness untuk membuat Xena tidak mencintakannya. Anthony pernah menyamar sebagai perempuan untuk mendekati Xena dan penyamarannya tidak disedari oleh sesiapa termasuk Vannes dan Aditas. Anthony pernah dikaji oleh ayah Lisa dan terpapar diskrin muka Xena yang cantik dan anggun sampai membuatkan ayah Lisa terpikat.
Si Kosong
Si Kosong merupakan
seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Dia suka membuat
perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah
kosong di dalam peperiksaan. Dia percayakan tahyul untuk mendapat markah
penuh dalam peperiksaan. Ayahnya sanggup berbuat apa sahaja asalkan dia
tidak mendapat markah kosong lagi. Si
Kosong memakai baju seragam sekolah seperti pelajar lain.Rambutnya
berwarna biru,matanya dilukis bulat dan mempunyai bibir yang
tebal.Badannya pula kurus.
Cikgu NoodLe
Cikgu Noodle merupakan
seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinya yang
kacak. Dia tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya
itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Guru Besar ragu-ragu
bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai
saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya. Cikgu Noodle
selalu memakai make-ip sebelum mengajar.
Lisa
Lisa merupakan salah satu daripada watak sampingan Lawak Kampus. Dia merupakan salah satu daripada pelajar Cikgu Noodle. Dia juga mempunyai seorang bapa yang bekerja sebagai saintis gila. Bapanya pula suka menggunakan peralatan makmal sebagai hidangan makanan contohnya meletakkan nasi di dalam bikar, durian dijadikan bom dan membuat ubat jerwat kepada Bepop.
Guru Besar
Guru Besar merupakan salah seorang daripada watak Lawak Kampus. Dia sangat bededikasi dalam menjalankan tugasnya. Guru
Besar sebenarnya seorang yang beribawa dan peka dengan keadaan sekolah.
Di samping itu, beliau selalu mencari cara untuk memupuk pelajarnya
untuk melakukan aktiviti berfaedah. Perwatakannya juga agak feminin dan
beliau juga suka berpakaian seperti perempuan.
Unknown
Unknown merupakan seorang watak pelajar yang mempunyai watak yang misterius.Dia suka menari dan tariannya sangat pelik. Unknow selalu mengejutkan setiap orang yang pernah melihatnya kerana tariannya sehinggakan mahluk asing,Vanness dan kawan kawannya terkejut, termasuk Steve Job apabila beliau ingin menukar logo Apple kepada logo kepala Unknown sebagai tanda penghargaan.
Boss
Boss merupakan seorang pengusaha kantin yang hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk. Beliau telah dilaporkan banyak kali oleh para pelajar akibat tabiat peliknya ketika penyediaan makanan seperti mencuci sayur dengan sabun dan menyanyi sambil menyembur air liurnya (tanpa disedarinya) ke dalam masakannya ketika memasak. Mengukus kasut Aditas dengan sengaja , menyediakan bebola besi dan sebagainya.
Friday 19 July 2013
Watak-Watak dalam Lawak Kampus
Vanness
Vanness merupakan watak utama dalam Lawak Kampus. Vanness seorang pelajar yang nakal di sekolah. Vanness sering kali melanggar peraturan sekolah dan sering kali di nasihatkan oleh rakan-rakannya. Vanness seorang yang periang dan dia senang dikenali kerana perwatakkannya yang menarik dan berambut perang dan bergogel diatas kepala. Vanness kerap melarikan diri daripada Xena kerana tidak selesa dengan sikapnya itu. Aditas iaitu kawan karib Vanness selalu mengikut sikap Vanness.
Aditas
Aditas adalah kawan baik kepada Vanness dari siri pertama Lawak Kampus lagi. Aditas adalah pelajar yang paling nakal di dalam sekolah malah lebih teruk daripada Vanness. Aditas seorang yang berwatakkan slumber ataupun lebih tepatnya bersahaja. Aditas mudah dikenali kerana dia aktif semua sukan disekolah dan dia juga berambut botak. Aditas pernah berabut panjang namun rakan-rakannya tidak mengenalinya kerana dia sudah biasa dengan berambut botak. Aditas mempunyai haiwan peliharaan iaitu kura-kura
Froggy
Dalam Lawak kampus terdapat pelajar bernama Froggy iaitu seekor katak yang paling pintar di dalam sekolah. Ramai guru-guru suka akan kepintarannya itu. Froggy sangat baik hati kadang kala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Froggy mempunyai kebolehan melihat hantu dimana sahaja dia berada.
Bepop
Bepop @ Bebop mempunyai banyak jerawat dan dia sering rendah diri dan rasa kurang yakin dengan penampilannya kerana banyak jerawat namun dia mempunyai ramai kawan.Vanness dan Aditas juga pernah mengatakan bahawa jerawat Bepop ialah sarang makhluk asing. Dia juga seorang yang pengotor kerana menggunakan jerawatnya sebagai krim campuran, senjata dan lain- lain . Bebop mempunyai haiwan peliharaan dan menjadikan penunggangnya iaitu seekor llama yang comel sangat. Bebop suka akan patung kanak-kanak walaupun sudah bersekolah menengah.
Subscribe to:
Posts (Atom)